Monday, January 25, 2010

keizinan ibubapa...

Sebahagian daripada kita ada yang menghadapi masalah dalam mendapatkan keizinan ibu bapa masing-masing untuk terlibat dengan program-program da’wah dan tarbiyah. Sehingga timbullah perselisihan dan sebagainya.


Hal ini terjadi mungkin kerana ketidakfahaman ibu bapa kita tentang hakikat da’wah yang sebenarnya, atau khuatir kalau-kalau anaknya terjerumus dan terlibat dengan perkara-perkara negatif yang semakin berleluasa di luar sana.

Apabila kita terlalu asyik berprogram sehingga mengabaikan keluarga, tidak hairanlah perasaan takut dan khuatir dalam diri ibu bapa kita akan timbul. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang belum memahami hakikat da’wah, tujuan-tujuannya, dan juga manhaj dalam tarbiyah itu sendiri.

Ingatlah : “Barangsiapa tidak mengerti sesuatu maka ia memusuhinya.”

Jika seorang anak taat pada kedua orang tuanya, perilakunya mencerminkan akhlak yang tinggi, mengekalkan pencapaian yang membanggakan dalam pelajaran, mempunyai hubungan yang baik sesama adik beradik, dan tidak pulang lewat tanpa sebab, sudah pasti ibu bapa kita akan mengizinkan semua permintaan kita yang sebelumnya tidak dibenarkan.

Malah adalah lebih baik jika ibu bapa kita mengenali siapa kenalan kita terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan kita. Inilah jalan untuk mencapai tujuan dan meraih kepercayaan.

Kita sering menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. menghadapi keburukan dengan kebaikan, menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa, serta menghadapi segala rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan do’a : “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.”

Kebanyakan orang-orang yang tidak peduli kepada da’wah kita adalah orang-orang yang tidak mengenal hakikat da’wah ini. Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan, “Ketidaktahuan masyarakat akan menjadi penghalang jalan kalian. Oleh kerana itu, tugas kita yang paling mulia adalah menjadikan masyarakat mengenal hakikat da’wah kita, kerana kebersamaan mereka dengan kita adalah lebih baik.”

Allah swt. Berfirman : “Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa, tentulah kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Maidah: 65)

Saturday, January 16, 2010


Jgn bersedih,sekirannya anda hidup miskin,betapapun masih terdapat org disekeliling anda yg hidup dililit hutang! jgn brsedih kerana tidak mempunyai kenderaan,sebab masih ramai org disekeliling anda yg kakinya kudung...

Jgn bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai org selain anda yg mungkin telah bertahun2 terbaring diatas katil. Jgn bersedih kerana anda kehilangan anak, sebab masih ada org lain yg telah kehilangan beberapa org anaknya dlm suatu kecelakaan sekaligus..

Jgn bersedih,kerana anda seorang muslim yg beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab2Nya, hari kiamat dan qadha' serta qadar yg baik dan yg buruk! kerana,masih ramai org kafir yg mengingkari Allah, mendustakan rasul2Nya,menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari kiamat, serta tidak mempercayai qadha' dan qadar..

Jgn bersedih, sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat, sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan taubat yg anda lakukan pasti diterima...

Jgn brsedih, kerana anda sendirilah yg mengerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda menganggu tidur anda dan membangunkan malam2 anda...

Hati yg sentiasa diliputi kekhuatiran; lemah tekadnya, rendah semangat, dan sering berada didalam kegelisahan, akan selalu diliputi dgn kecemasan kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa membiasakan jiwanya brsikap dgn kesabaran dan tahan terhadap segala perkara yg mencemaskan, nescaya setiap goncangan dan tekanan akan terasa ringan..

jagalah mereka wahai sekalian lelaki





Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya member kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .) Para Isteri kena fikir perkara ini.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak... .dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki... sayangilah ibumu... . nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... . krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka... .jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah... . .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

berimanlah

Barangsiapa yang beriman pada ALLAH SWT dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.

-- HR. Bukhari dan Muslim

hadis

Hadis Ma'qil bin Yasar r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga.

-- HR. Muslim

dayus....semakin banyak

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)

-- HR. at-Tabarani

f1 intake

first2 day mask skola dah ade tugasan berat burden lol...but,,it"s my responsibility actually..me and wan chak became the first host in this year for the official assembly..haha..at first we were very nervous..but when in the middle of hosting the assembly we cool..haha...unfortunately when it"s my turn..i can"t stop talking when actually i have to stop to wait for meor hafizan"our senior"to walk up to the stage..shame..haha..i just smile there.wan chak is quite gentleman..haha he is not gentle..but gentleman..

tiger woods

Eldrick Tont Woods (born December 30, 1975), better known as Tiger Woods,[4] is an American professional golfer whose achievements to date rank him among the most successful golfers of all time. Currently the World No. 1, he was the highest-paid professional athlete in 2008, having earned an estimated $110 million from winnings and endorsements.[5]
Woods has won 14 professional major golf championships, the second highest of any male player, and 71 PGA Tour events, third all time.[6] He has more career major wins and career PGA Tour wins than any other active golfer. He is the youngest player to achieve the career Grand Slam, and the youngest and fastest to win 50 tournaments on tour. Additionally, Woods is the second golfer to have achieved a career grand slam three times along with Jack Nicklaus. Woods has won 16 World Golf Championships and has won at least one event each of the 11 years they have been in existence.
Woods has held the number one position in the world rankings for the most consecutive weeks and for the greatest total number of weeks. He has been awarded PGA Player of the Year a record ten times,[7] the Byron Nelson Award for lowest adjusted scoring average a record eight times, and has the record of leading the money list in nine different seasons.
On December 11, 2009, Woods announced an indefinite leave from professional golf to focus on his marriage after his past infidelities came to light.[

p/s he must be definitely rich..awsome.

trouble is a friend...

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh
p/s luv this song

Friday, January 15, 2010

toyota kereta hibrid kompak...zaman semakin maju

Toyota perkenal kereta konsep hibrid kompak

News & Events - By author on Thursday, January 14, 2010 - 02:29

TOYOTA memperkenalkan kereta konsep hibrid kompak pada Pameran Automotif Amerika Utara yang disasarkan untuk memanfaatkan peluang daripada populariti model Prius serta bertambahnya minat terhadap kenderaan gabungan bahan bakar dan elektrik.
Pengenalan kereta konsep FT-CH itu sejajar dengan strategi Toyota untuk menawarkan pilihan kereta hibrid lebih meluas kepada pelanggannya ketika ia mula memperkenalkan kenderaan kuasa bateri serta hibrid di pasaran global, kata syarikat itu.
“Dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi, kita bukan hanya akan menyaksikan kemuncak dalam pengeluaran minyak tetapi juga akan memasuki tempoh yang mana permintaan bagi semua bahan bakar cecair akan mengatasi bekalan,” kata Presiden Unit Toyota Amerika Syarikat (AS), Jim Lentz.
“Satu daripada alternatif yang ada ialah menerusi apa yang biasa dipanggil sebagai pengecasan kereta. Setakat ini, satu contoh paling berjaya ialah hibrid antara petrol dan elektrik,” katanya.
Tahun lalu, Toyota menjual 530,000 kenderaan hibrid di seluruh dunia termasuk 195,000 di AS, menurut Lentz. - AFP
p/s wah dunia semakin maju..kt harus berfikir tentang 10 tahun akan datang..

juran mariana.....dalam tuh

Jurang Mariana adalah jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8 batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.
Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

tania nadira hudson

Tuah Tania


Tania Hudson

Bersyukur diberi peluang kedua teruskan kembara seni selepas bertarung nyawa dengan penyakit pendarahan otak

KETIKA artikel ini ditulis, adik kepada Natasha Hudson ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Mayang Mengurai yang bakal menemui penonton slot Lagenda TV3 dan TV9 malam ini. Drama yang diadaptasi daripada cerita dongeng ini menjadi pembuka jalan yang baik pada tahun ini buat Tania Hudson, 24.

Biarpun sudah lama membabitkan diri dalam dunia seni, Tania masih menganggap dirinya masih hijau dalam kembara seni yang baru bermula ini. Dan seperti kebanyakan manusia lain, Tania juga sering diuji hingga membantutkan minatnya dalam lakonan.

Menyedari bukan semua orang diberi nikmat dan peluang kedua yang sewajarnya dihargai, lalu, hembusan udara yang sedang disedutnya kini menjadi ruang untuk dirinya bermuhasabah diri dan meneruskan kehidupan mendatang. Ini termasuk meneruskan cita-citanya dalam bidang lakonan dan peragaan.

“Sesiapa pun yang berada di tempatnya pasti akan memanjatkan kesyukuran kerana Tuhan masih memberi ruang untuknya menghela nafas lagi. Tahun lalu saja, saya diuji dengan ujian yang cukup perit hingga perlu bergelut dan bertarung nyawa tatkala berdepan dengan masalah pendarahan otak yang dihadapi sejak Mac lalu.

“Saya tidak mahu mempersiakan peluang ini untuk terus melakar impian sebagai pelakon. Sudah lama impian saya untuk memenuhi ruang seni terbantut. Semuanya seperti rahmat dan saya harus mengambil peluang yang terbentang di depan mata ini serta lakukannya sebaik mungkin.

TANIA mendapat dorongan dan sokongan kakak serta ibunya untuk bergelar anak seni.

“Ia seperti simbolik memulakan fasa kehidupan baru untuk saya. Sebolehnya, saya mahu terbang tinggi dengan usaha sendiri. Saya berlakon kerana minat yang sangat mendalam dan secara kebetulan kakak saya juga mengikuti laluan kerjaya yang sama,” katanya yang mendapat sokongan yang jitu daripada kakak dan ibunya untuk menjadi anak seni.

Bercakap lanjut mengenai penyakit berkaitan otak dipanggil Arteriovenous Malformation (AVM) yang menyerangnya secara tiba-tiba, ia hadir tanpa sebarang simptom tertentu. Dia yang turut menghidap asma berkata, penyakit itu jarang berlaku kerana ia bukan diperoleh secara genetik atau diwarisi.

“Penyakit ini bukan saja boleh menyerang otak, malah saya dapat tahu, ia turut menyerang bahagian badan lain seperti jantung. Atas saranan doktor, saya tak boleh melakukan sebarang kerja yang boleh memberi tekanan. Oleh kerana penyakit yang saya alami, banyak benda yang saya lakukan hanya separuh jalan.

“Begitu juga dengan bidang pendidikan. Mungkin selepas stabil dalam bidang seni, saya akan mempertimbangkan hasrat untuk menyambung kembali pengajian di dalam bidang pemasaran fesyen,” katanya yang pernah menuntut dalam bidang itu di Raffles Design Centre, Kuala Lumpur.
Ketika ini, Tania masih dalam peringkat mengambil langkah berjaga-jaga dan belum pulih sepenuhnya. Malah pelawaan kali pertama untuk sesi fotografi bersamanya juga terpaksa ditolak kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pelawaan kali kedua disambut dengan tangan terbuka. Apa yang mampu disimpulkan, cukup mudah bekerjasama dengannya dan semestinya pengalaman dalam bidang peragaan banyak membantunya untuk memberikan pose menarik buat tatapan pembaca Berita Harian.

“Perjalanannya saya masih jauh dan lumrah kehidupan pasti ada ujian dan halangan yang mendatang. Ibu dan kakak antara insan yang cukup bermakna dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya mungkin tidak akan terus tegar meneruskan kehidupan ini. Kakak pun banyak berkongsi pengalaman dan petua,” katanya.

romantik nye cerpen ni...sweet...

~Niza @ Ahmad Niza~



"Hai!"
Aku menoleh. Eh, student baru ni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Memang sah. Dia tegur aku.
"Saya panggil awak. Awak tengok siapa?"
Aku tersengih. Segan ditegur begitu.
"Tak nak pelawa saya makan?"
Aku menghulurkan sandwich yang kubekal tadi. Tak malunya budak ni. Ada pulak minta makan kat aku.
"Nama siapa?"
"Sama macam nama awak
"Ahmad Niza?"
"Niza aje. Ahmad tak ada." Aku perempuan la. Apa plak ada Ahmad. Lelaki itu terus memandang aku tidak berkelip-kelip.
"Masa cikgu announce nama awak tadi, saya terkejut juga."
Ahmad Niza hanya tersenyum.
"Baguslah tu. Mesti ada specialnya kalau kita jadi kawan baik."
Kawan baik? Heh, gila apa si mamat ni agaknya. Tak boleh ke dia cari perempuan yang cun sikit dari aku.
" Cammana first day hari ni?"
"Okay."
Ahmad Niza terus merenungku. Rimas aku dipandang begitu. Aku bukannya lawa sangat sampai dia perlu melihat aku begitu sekali. Sudahlah tak lawa, tak pandai bergaya, tembam pulak tu. Sikit lagi dah boleh masuk kategori gemuk.

*******************************************************************************
Aku semakin akrab dengan Ahmad Niza. Kami berdua rajin buat discussion sama-sama. Ramai juga awek kat sekolah tu yang jeles ngan keakraban kitorang. Tapi aku tak kisah pun kalau si Ahmad Niza tu plan nak dating ngan sesapa. Sebelum ni dia ada jugak keluar dengan beberapa awek kat sekolah ni. Tapi nampaknya semua dia tak berkenan. Cuma dengan Suraya aje dia rapat sket. Bebudak sekolah kata dia couple. Entah le aku tak nampak macam tu pun. Eh, jeles ke aku?
"Petang ni kau free?"
"Free. Apsal?"
Aku memandang ke muka Ahmad Niza. Dia nak ajak study lagi ke? Kuat betul study mamat sekor ni. Naik cramp kepala otak aku dibuatnya.
"Kita gi nengok wayang,"
Mataku terbeliak. Gila apa dia ni.
"Aku dah ajak Su. Tapi bila aku kata cerita Matrix, dia kata tak best. Dia ajak tengok cite Maid In Manhattan. Masalahnya aku dah beli dah tiketnya."
Oh, Su tak nak rupanya. Patut la dia ajak aku. Aku sedar. Aku bukan first choice dia. Suraya dah reject, baru nak ajak aku. Tak pelah, aku peduli apa. Janji dapat tengok wayang free.

********************************************************************************
Best gila cerita tu. Aku rasa macam nak tengok lagi. Si Ahmad Niza tu pun nampak puas hati dengan jalan cerita dia.
"Makan jom."
Aku menurut. Aku memilih makanan yang bersesuaian lalu membayarnya di kaunter.
"Eh, aku belanja." Cepat saja Ahmad Niza menghulurkan duitnya.
"Tak payah la belanja aku. Engkau pun belajar lagi. Dah kerja lainlah."
Aku segera menolak tangannya lalu menyerahkan not sepuluh ringgit kepada juruwang di hadapan aku.
Selesai makan, Ahmad Niza membawa aku ke supermarket pula. Ada ke dia suruh aku pilih baju apa yang aku nak? Aku mana biasa minta orang belanja macam ni.
"Ambik la sepasang Niza. Ni la first time aku keluar dengan kau selama kita berkawan."
Ahmad Niza terus mendesak tetapi beriya-iya aku menolak. Akhirnya Ahmad Niza mengalah.
"Lepas ni nak ke mana?"
"Baliklah"
Ahmad Niza tersenyum mendengar permintaan aku. Apa hal la dia senyum pula. Best ke bila dengar aku kata nak balik.
"Alang-alang dah keluar, jomlah kita jalan-jalan."
Oh, agaknya dia tersenyum sebab aku nak balik awal sangat. Aku melihat jam di tangan. Baru 3.30 petang. Tapi rasa macam tak selesa pula bila berjalan dengan Ahmad Niza ni lama-lama. Suraya tahu ke tidak?
"Oklah, jom kita balik."
Ahmad Niza terpaksa menuruti permintaanku akhirnya. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan Suraya dan teman sekelasnya yang lain.
Wajah Suraya merah padam. Dia datang mengahampiri aku.
Panggg!
Satu tamparan hinggap di mukaku. Rasa malu yang amat sangat. Apatah lagi bila aku ditampar di hadapan Ahmad Niza, teman-teman Suraya dan orang ramai!
"Gemuk! Ada hati nak rampas boyfriend orang. Cerminlah diri tu sikit. Dah la tak lawa. Gemuk pulak tu."
Suraya terus mengutuk-ngutuk fizikal aku yang tidak sempurna ini. Aku hampir menangis. Aku berlari meninggalkan Ahmad Niza dan Suraya yang bertelagah disebabkan aku.

******************************************************************************
Aku menghadapi SPM dengan tenang. Sejak peristiwa itu, aku dah tak berbual dengan Ahmad Niza lagi. Ahmad Niza tak putus-putus memujuk aku dan meminta maaf tapi aku buat dek aje. Aku dapat tawaran belajar di UiTM. Aku pergi tanpa beritahu Ahmad Niza. Aku tak kisah. Aku dah biasa hidup tanpa kawan rapat. Kat sekolah dulu pun, aku kawan gitu-gitu ajelah. Tak boleh nak join perempuan-perempuan yang kaki melawa atau terlalu kuat belajar. Posisi aku di tengah-tengah. Itu yang payah tu.

********************************************************************************
"Niza! Sepupu engkau datang,"
Nancy memekik memanggil namaku dari tingkat bawah. Siapa pula sepupu aku yang rajin buat surprise ni?
"Hai."
Aku terlopong. Ahmad Niza! Apa dia buat kat sini?
"Mana tahu aku kat sini?"
Aku memang terkejut melihat dia.
" Aku ada mulut. Aku tanya oranglah."
Hm, mamalah yang beritahu ni. Siapa lagi? Tak pun papa.
"Bila masa jadi sepupu aku?"
Ahmad Niza tersengih. Pandai-pandai ngaku jadi sepupu aku. Getat kepala kang baru tau.
"Kalau aku cakap Ahmad Niza, engkau tak turun pula."
Hm, pandai dia nak cari jalan jumpa aku. Sebenarnya bukan aku marah dia menyamar diri. Tapi aku selekeh gila sekarang ni dengan kain batik, rambut sikat ala kadar. Kalau aku tau dia tadi, boleh aku pakai lawa-lawa, ikat rambut elok-elok, sembur perfume sket. Cewah!
"Kurus engkau sekarang."
"Kenalah kurus, nanti orang kata cermin diri tu dulu sebelum nak berjalan dengan orang-orang yang hensem macam engkau."
Aku melihat wajah Ahmad Niza berubah bila aku bercakap begitu.
"Suraya tu yang perasan lawa." Ahmad Niza kelihatan marah.
"Itulah, kita tak sesuai jadi kawan baik. Tak sepadan. Dari dulu lagi aku rasa tak best bila jalan dengan engkau. Tapi, engkau confidentkan aku cakap tak pe, tak pe. Since engkau humble walaupun anak orang kaya. Aku lama-lama rasa senang jadi member engkau walaupun tak selesa sebab rasa macam handsome and the beast."
Ahmad Niza tersengih kecil.
"Nak tahu kenapa aku suka sangat nak kawan dengan kau masa aku mula-mula sampai sekolah dulu?"
Entah mana la aku tau. Aku terus menanti bicara seterusnya.
"Sebab fizikal dan rupa engkau sebiji macam cousin aku."
"Oh, ye ke? "Dia kat mana skang?"
Aku nak juga tahu. Mana tahu, kalau ada kesempatan, boleh berkenalan.
"Dia dah meninggal."
Aku terkejut." Kenapa?"
"Mati lemas. Dia selamatkan aku. Kami mandi di sungai. Air deras. Aku dengan dia hanyut. Tapi, dia dapat sambar kayu. Aku terlepas. Dia berlari berenang ke arah aku. Tarik aku sampai aku dapat paut kayu tu. Tapi pautan dia pula terlepas. Aku nak kejar dia. Tapi dia tak benarkan. Depan mata aku dia meninggal. Aku terus fobia dengan sungai lepas tu."
Aku terdiam. Kini baru aku faham kenapa dia begitu baik dengan aku.
"Ayah dengan ibu terkejut bila tengok gambar engkau. Dia minta aku ajak engkau ke rumah bila-bila masa. Tapi, masa tu kita tengah perang dingin. Aku tak berani nak offer engkau masa tu"
Aku menganggukkan kepala.
"Engkau buat apa skang?"
"Baru balik UK. Tu la dah hampir 4 tahun tak jumpa. Engkau dah tak lama kat sini kan?"
"Next week dah final. Lepas exam la baru aku ke rumah engkau."
"Tak boleh kot sebab aku satu family nak pindah ke Adelaide. Ayah ada projek kat sana untuk tempoh setahun dua ni."
"Bila?"
"Lusa. Sebab tu aku cari peluang nak jumpa engkau. Dah tiga kali aku datang tapi baru ni engkau ada."
Oh, dua kali sebelum ni, dia la yang cari aku. Aku pun heran jugak ada orang mengaku sepupu yang beriya-iya datang nak jumpa aku. Rupa-rupanya dia la orangnya!
" Eh, Suraya macam mana?"  Masih dengan Suraya lagikah?
" Perempuan cantik, tak semestinya perfect."
Apa maksudnya?
"Mungkin orang kata Suraya tu cantik dan sesuai dengan aku. Tapi, dia banyak kerenah, kaki kikis. Lepas engkau tak nak cakap dengan aku, aku betul-betul rasa lonely. Masa tu baru aku tau siapa special girl aku. Bukan Suraya, tapi engkau!"
Hampir terbeliak mataku mendengarnya. Buta apa dia ni. Perempuan serabai macam aku yang dia suka.
"Engkau la satu-satunya perempuan yang tak mengabihkan duit aku bila kita sama-sama keluar. Aku memang suka dengan sikap engkau Niza. Bagi aku fizikal tu tak penting kalau hati aku dah suka."
Eh, biar betul si Ahmad Niza ni. Dia suka aku ke? Bestnya!
"Ni ambil ni."
Ahmad Niza menghadiahkan sebatang pen berjenama mahal miliknya untukku.
"Ini harta yang paling aku sayang dan aku nak kau simpan. Aku akan balik dua tahun lagi untuk jumpa engkau. Kalau dalam tempoh dua tahun tu kau dah jumpa somebody, hantarlah pen ni pada aku balik."
Kenapa dia cakap macam ni. Dia ni suka aku ke tak? Cakap separuh-separuh. Manalah aku faham.
"Aku nak something dari kau yang akan aku pulangkan kalau aku dan jumpa somebody di sana."
Aku memandang ke seluruh badanku. Apa aku nak bagi? Takkanlah kain batik ni? Nak mampus? Aku melihat cincin di jari manisku. Cincin milik mama hadiah ulangtahun perkahwinan dari papa. Hm, bolehlah. Ini kira berharga ni.
" Cincin ni."
Aku hulurkan padanya. Ahmad Niza menyarungkan cincin tersebut di jari kelingkingnya.
"Jumpa lagi ya!"

********************************************************************************
Hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum Ahmad Niza dan keluarganya pulang ke tanah air. Aku terus menghitung hari. Pen milik Ahmad Niza kubelek berkali-kali.
Setelah tamat belajar, aku terus sahaja diterima untuk bekerja. Menara Kembar Petronas! Bukan sahaja kebanggaan negara, malahan juga tempat untuk aku mencari rezeki. Berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang aku cepat dinaikkan pangkat. Aku tidak lagi selekeh seperti dahulu. Bekerja di tempat baru ini mendedahkan aku kepada dunia fesyen terkini. Aku semakin yakin dengan penampilan diriku hari demi hari. Elegan tetapi masih ketimuran. Teman-teman lelaki di pejabat memanggil aku Posh Spice sebab mereka kata aku pandai bergaya. Heh, lantak dioranglah. Kalau dia jumpa aku zaman aku belajar dulu. Maunya diorang pengsan!
"Niza, ada bungkusan untuk Niza?"
Bungkusan? Hatiku terus berdebar. Adelaide? Tentunya dari Ahmad Niza.
Seperti dijangka, meskipun bukan itu yang aku mahukan. Ahmad Niza mengirim sekotak cincin! Aku terus berlari ke bilik. Menyembamkan wajah ke bantal lalu menangis.

*****************************************************************************
Menerusi emel, tempat kami selalu berinteraksi Ahmad Niza meminta aku menantinya di lapangan terbang. Kepala otak dia. Dahlah dia sakitkan hati aku. Aku tak kuasa nak tunggu.
Malam itu setelah pulang dari Adelaide, berkali-kali Ahmad Niza menghubungi aku. Mungkin kerana tidak sabar memujukku di telefon, Ahmad Niza nekad datang ke rumah.
"Niza!"
Mama panggil. Ah, malasnya nak buka pintu. Dah la aku nampak kemunculan Ahmad Niza di hadapan pintu pagar tadi ketika aku mengintai kereta siapa yang berada di hadapan rumahku.
Tuk! Tuk! Tuk!
Ish, mama ni ketuk pintu pula. Terpaksalah aku buka.
"Niza."
Ahmad Niza! Apasallah mama pergi beritahu bilik aku kat sini.
"Kenapa tak datang jemput?"
Ahmad Niza menunjukkan wajah sedihnya. Merajuk konon. Lantak le.
"Entah!" 
Ok ke jawapan aku tu? Ah, biarlah dia.
"Nah, pen awak."  Aku serahkan pen itu kepadanya. Ahmad Niza terpinga-pinga.
"You dah ada boyfriend ke?"
Eleh, buat-buat terkejut pula. Dia tu dah ada orang lain. Buat sandiwara ke apa budak Ahmad Niza ni.
"Dah awak pulangkan barang saya, saya pulanglah barang awak balik."
Aku terus marah dengan sikapnya itu.
"Mana ada?"
Ish, geram betul aku kat mamat sekor ni. Aku terus mengambil kotak cincin pemberiannya. Yang herannya Ahmad Niza terus tertawa terbahak-bahak. Gila ke dia ni? Tensen aku.
"Dah tengok ke cincinnya?"
"Tak. Nak buat apa tengok? Dah orang pulangkan balik cincin kita."
Ahmad Niza terus menggenggam tanganku. Aku terpempan. Ish, romantik pula dia ni. Tak tentu arah perasaan aku dibuatnya.
"Tengoklah."
Akhirnya aku membuka kotak itu. Terdapat kad kecil di dalamnya tertulis, 'sayang, will you marry me?' . Aku rasa macam nak pengsan. Aku terus memandang ke tangan Ahmad Niza. Cincin aku masih berada di tangan kanannya.
"Cincin ni saya hantar sebab tak sabar nak propose awak." Ahmad Niza terus tersenyum. Aku malu sendiri. Rasa macam nak melompat keluar dari tingkap rumah pun ada.

********************************************************************************
Majlis persandingan kami dilangsungkan di hotel penuh meriah. Ahmad Niza menyediakan jamuan untuk tiga sesi. Untuk saudara mara sebelah dia, sebelah aku dan akhir sekali teman-teman seperjuangan kami.
"Niza aku minta maaf kutuk engkau gemuk dulu."
Aku memeluk tubuh Suraya. Aku dah lama maafkan. Aku sedar siapa aku waktu tu. Aku terus melihat Suraya, suami dan 3 orang anaknya melangkah meninggalkan kami berdua.
"Ish, gemuknya Su sekarang. Tiga kali ganda gemuk dari you dulu."
Aku menekup mulut Ahmad Niza. Amboi, bukan main lagi ngutuk orang. Nasib baiklah tidak ada yang mendengar. Itulah Suraya, dulu engkaulah paling cun. Tapi, itulah. Kuasa Tuhan bila-bila masa Dia boleh pusing balik keadaan. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ahmad Niza terus memeluk bahuku dengan erat. Aku amat bahagia di sisinya..

ya ALLAH bantu mereka ya ALLAH....

sesungguhmya engkau maha berkuasa atas tiap tiap sesuatu..sesungguhnya engkau telah mengatur yang terbaik utk hambamu...
Rabu , 13/01/2010 – Pemimpin Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawar Hasan menegaskan sekali lagi sokongan jemaahnya terhadap Muslim Palestin yang sedang berjuang membebaskan Al-Aqsa dan Negara mereka yang sedang dijajah. Beliau juga menyeru umat Islam seluruhnya agar terus memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi terhadap misi suci ini.
Menurut beliau lagi, hati rakyat Pakistan turut disentap bersama penduduk Gaza, sementara pemimpin-pemimpin Muslim adalah lebih teruk daripada Amerika kerana terus menjadi ‘hamba’ selama beberapa generasi. Beliau berkata demikian dalam satu perhimpunan besar-besaran Jamaat-e-Islami di Jalan Multan pada Isnin lalu, yang diadakan bagi menyatakan sokongan padu kepada Muslim Gaza.
“Kita bukannya mahu lenyapkan Amerika daripada peta dunia, tapi dalam masa yang sama kita tidak boleh bertoleransi dengan Amerika yang menceroboh rumah-rumah dan mengongkong kita… Mereka yang takut kepada Washington patut lihat kehebatan kuasa di tangan rakyat Afghan yang menentang (tentera Amerika) tanpa sebarang senjata canggih di Kabul dan Kandahar,” tegas beliau.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Ismail Haneya


Rabu , 13/01/2010 – Ismail Haneya, PM Palestin yang dipilih rakyat secara demokrasi menyifatkan pengepungan Israel ke atas Gaza adalah satu bentuk kolonisme dan merupakan produk ideologi ekstrim Zionis yang bertunjangkan penghapusan bangsa lain.

sedihnya saudara saudara seislamku di sana...ALLAHUAKBAR


Khamis , 14/01/2010 – Tentera rejim Zionis telah menyerang timur pinggir bandar Shujaia di Gaza tengahari Selasa lalu dan meratakan kebun-kebun penduduk Palestin, menurut sumber-sumber tempatan.
Mereka memberitahu wartawan PIC yang rejim Zionis telah mengawal tiga buldozer tentera serta menembak tiga saluran air pada tanah pertanian timur Shujaia itu sehingga menyebabkan kerosakan berlaku.
Sementara itu, Sabtu lalu tentera rejim Zionis menahan tiga petani di barat laut Baitulmuqaddis ketika mereka sedang menanam pohon zaitun di kebun mereka. Sumber tempatan mengatakan tentera itu menangkap para petani untuk menakutkan rakan-rakan mereka yang cenderung mempertahan tanah mereka di kawasan yang sama.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

Professor Tariq Ramadan


Professor Tariq Ramadan is a European Muslim who advocates reform in Islam and promotes interfaith dialogue. Born in Switzerland and the grandson of the Muslim Brotherhood founder, Hassan Al Banna, the European academic has been named by Time magazine as one of the 100 most important innovators of the century.

cinta..cinta...sudah bosan ak mendengar

1. Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH



وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا

يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah...” (Surah ke-2, al-Baqarah: ayat ke-165)

2. Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH


قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ

وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ

كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ

وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ

اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (Surah ke-9, at-Taubah: ayat ke-24)

Cukuplah dengan 2 ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah. Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya. Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu. Tidak cukup dengan hanya kalimah “aku cintakan ALLAH” atau “ALLAH adalah segala-galanya buatku” atau seumpama dengannya. Ia mesti dibuktikan!

ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ

اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ke-3, ali-Imran: ayat ke-31)

Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Al-hubb (cinta) dan al-ittiba’ (ikut) Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah suatu yang dituntut agama.

Muslimin-muslimat sekalian,

Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Ya, cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan.

Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.

Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Shahih Muslim No.60)

Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa cinta kepadaNYA. Mudah-mudahn kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama, amin…

quite nonsense

Careful when you wish

Two men died and went to Heaven. St. Peter greeted them, and said "I'm sorry, gentlemen, but your mansions aren't ready yet. Until they are, I can send you back to Earth as whatever you want to be."

"Great!" said the first guy, "I want to be an eagle soaring above beautiful scenery!"

"No problem," replied St. Peter, and POOF! The guy was gone. "And what do you want to be," St. Peter asked the other guy.

"I'd like to be one cool stud!" was the reply.

"Easy," replied St. Peter, and the other guy was gone.

After a few months, their mansions were finished, and St. Peter sent an angel to fetch them back. "You'll find them easily," he says, "One of them is soaring above the Grand Canyon, and the other one is on a snow tire somewhere in Detroit!"

see carefully at his shoes

The Day You Wish You Hid Your Wedding Shoes...

Will You Marry Me?

who cares?

Upset is unhealthy

The mother of a problem child was advised by a psychiatrist, "You are far too upset and worried about your son. I suggest you take tranquilizers regularly."

On her next visit the psychiatrist asked, "Have the tranquilizers calmed you down?"

"Yes," the boy's mother answered.

"And how is your son now?" the psychiatrist asked.

"Who cares?" the mother replied.

nobody loves me?

Feel better now

Mary was having a tough day and had stretched herself out on the couch to do a bit of what she thought to be well-deserved complaining and self- pitying.

She moaned to her mom and brother, "Nobody loves me ... the whole world hates me!"

Her brother, busily occupied playing a game, hardly looked up at her and passed on this encouraging word: "That's not true, Mary. Some people don't even know you."

Monday, January 11, 2010

apa gunanya iman itu sekiranya tidak diuji

Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai “hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.

Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.

Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).

Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.

As-Syiddah pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.

As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.

As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah. Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi.

Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :




Maksudnya :

Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)

Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya. Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung.
p/s..kini ak sedar setiap ujian itu benar2 ade hikmahnye

penggunaan nama ALLAH kat gereja??

erm...ak memang memprotes seratus peratus.....memang umat akhir zaman btol...ya ALLAH ko selamatkanlah kami dari segala bencana duniawi ini...



Saturday, January 2, 2010

posting posting......

errmmm da lame x blaja add nie..sensei yg mengajarku laptopnye rosak...cian die..ape 2 pon...semoga die berjaya..mlm ni mlm last esok nak blk skool ni....halilah jgn sia siakan pengorbanan parents ko...ni lah timenye utk ak pay back....ya allah ak tau ak ni slow learner..tp tlglah bukakan pintu hatiku ya allah...hanye kepadamu sahaja ak berserah......blog ak da tukar nm dari ilah-aspirasimujahidah.blogspot.com kepada halilahnordin.blogspot.com.....ni pon dgn bantuan seorang bekas classmate ku ...next year da tak sekelas ag....k ar thanks kat die coz tlg ak.....arigato...