sedihnya saudara saudara seislamku di sana...ALLAHUAKBAR


Khamis , 14/01/2010 – Tentera rejim Zionis telah menyerang timur pinggir bandar Shujaia di Gaza tengahari Selasa lalu dan meratakan kebun-kebun penduduk Palestin, menurut sumber-sumber tempatan.
Mereka memberitahu wartawan PIC yang rejim Zionis telah mengawal tiga buldozer tentera serta menembak tiga saluran air pada tanah pertanian timur Shujaia itu sehingga menyebabkan kerosakan berlaku.
Sementara itu, Sabtu lalu tentera rejim Zionis menahan tiga petani di barat laut Baitulmuqaddis ketika mereka sedang menanam pohon zaitun di kebun mereka. Sumber tempatan mengatakan tentera itu menangkap para petani untuk menakutkan rakan-rakan mereka yang cenderung mempertahan tanah mereka di kawasan yang sama.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

Comments

Popular Posts