ya ALLAH bantu mereka ya ALLAH....

sesungguhmya engkau maha berkuasa atas tiap tiap sesuatu..sesungguhnya engkau telah mengatur yang terbaik utk hambamu...
Rabu , 13/01/2010 – Pemimpin Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawar Hasan menegaskan sekali lagi sokongan jemaahnya terhadap Muslim Palestin yang sedang berjuang membebaskan Al-Aqsa dan Negara mereka yang sedang dijajah. Beliau juga menyeru umat Islam seluruhnya agar terus memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi terhadap misi suci ini.
Menurut beliau lagi, hati rakyat Pakistan turut disentap bersama penduduk Gaza, sementara pemimpin-pemimpin Muslim adalah lebih teruk daripada Amerika kerana terus menjadi ‘hamba’ selama beberapa generasi. Beliau berkata demikian dalam satu perhimpunan besar-besaran Jamaat-e-Islami di Jalan Multan pada Isnin lalu, yang diadakan bagi menyatakan sokongan padu kepada Muslim Gaza.
“Kita bukannya mahu lenyapkan Amerika daripada peta dunia, tapi dalam masa yang sama kita tidak boleh bertoleransi dengan Amerika yang menceroboh rumah-rumah dan mengongkong kita… Mereka yang takut kepada Washington patut lihat kehebatan kuasa di tangan rakyat Afghan yang menentang (tentera Amerika) tanpa sebarang senjata canggih di Kabul dan Kandahar,” tegas beliau.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Comments

Popular Posts