Sunday, August 30, 2009

 
bye nak balik ni.,,.i"ll do my best in muzaffar.

9 ramadhan,..

fuh.,.,1 day to go .,.,kejap jer cuti ni.,.,kjap da kena blk skola.,.,haha,.,.folio chem ak x wat.,.,bebudak ni ckp x pyh buat.,,.ape2lah kengkawn ak ni.,.

Saturday, August 29, 2009

www.myresepi.com

best lmn ni.,.,ad byk mknn..,

Friday, August 28, 2009

diextract dr blog.,.

YES..u must at least do one physics esssay type of questions from any physics topic everyday.May be u can do some proper planning, start with form4 topics first. Go find an exercise books if u dont have one right now

The same method also can be applied if u r weak in paper 3 , then do at least 1 question from paper 3 everyday. If u consistently doing this, i'm sure u are ready to move towards another bigger step..which is to go all out in the real battle & shoot for an 'A'.
As people said, thousands steps start from a humble single step..

Thursday, August 27, 2009

6 ramadhan

huh~besarnye dugaan ku ari ni.,..nak buat pasportnye pasal mcm2 dugaan kutrima,.,.tp alhamdulillah ak msh teringat ayt al quran yg berbunyi...ALLAH x kan mnguji makhluknye diluar kemampuan,.,ak tahu ak mampu mengharungi semua ini.,.,memula,.ak pi bank cimb tuk wat buku baru unfortunately ak x igt no akaun yg ak ilang.,.,sbb ak ade dua buku bank.,.,satu kat cikgu,satu ak smpan,.,lpas da siap semua,.,.chechk punye check,,rupa2nye ak slh wat buku bank,.,huh,.,.rushing punya psl,celaru idup ak.,.jam dah nak tunjuk pukul 4., urusan kat bank blom slesai,lpas ni nak wat pasport,..,ntah sempat ntah tdak dlm ati ak berkta.,ya ALLAH cepatkanlah perjalann ini ya ALLAH.,,lpas dah slesai kat bank,.ak pi ke pjbt imegresen tuk wat pasport,.,dgn kelajuan 100km/h akhirnye ak smpai lbh kurang kol 4 lbh.,.,punyele ak lari skali kaunter borang tutup.,,.ish malang betul.,.,nampak gayenye memang ak kena pi skali lagi ar ni.,,.

Wednesday, August 26, 2009

SahabatMusleemSahabatMusleem

Tuesday, August 25, 2009

4 ramadhan

huh..,lega rasenye slepas ak dpt mengimprove blog ak ni.,.,bdk baru blaja ler katakan,..,amek mase gak buat blog ni,.,kalolah ad org tlg ak tadi kan bagus.,.,tp ap2pun alhamdulilah ya Allah kerna kau tlah memberiku hidayah utk ku membuat blog ini,.,aha...kat cni ak nak ingtkan,memandangkan hari ni dah hari keempat berpuasa...so peranan kt sbg muslimin dan muslimat ialah~menhabiskan juz yg ke4,..,walaupun berat rasenye nak wat,.,tp cubalah kita usahakan.,.,insyaallah kita bley...walaupun kekadang ak rase mls namun,cubalah kita igt kpd pencipta kita..keberkatan ALLAH sgt penting...td ak ad terbuka satu blog ni.,.ak tgk video kekejaman kpd ank palestin.,.,waaa sedeynye tgk sedara seislam kita terseksa kat sana...jomlah shbt2ku kt memboikot barang2 durjana buatn israel....marilah kt bantu saudara seislam kt...yg commonnye plg senang boikotlah kfc.nilah bebudak kat asrama suka mkn.,tp....kalo budak2 ni da bw,..,erm...trpaksalah mkn,kang membazir plak..hihi,.,.tp lepas ni ak akn cuba thn nafsuku,..,insyaallah.,.harap2 ramadhan kali ini aku akn wat dgn sepenuh penghayatan,..erm..bilalah ak nak start study ni..asyik menghadap pc jer..nilah satu2nye kelemahan ak..kalo da duduk dpn pc ni memang susah nak stop...hehe,..,kat sini ad artikel menarik..jom bace
..andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahirmempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....

Monday, August 24, 2009

coretan ceritera kisah hidupku

erm.,.kat cni ak nak komen psl exam mid term ari tu.,ish,.,ish apele nak jd,. add fail.,,..namun ak x kan klh utk kali yg seterusnya.,.,ak akn bangkit.,.come on halilah~!!u can do it.,,.physic ..chemist...bio... ag x bley blah c5 jer.,..memang x patut tol..ak pun x taw nape ak x skor.,.mungkin ad hikmah semua ni berlaku cuma ALLAH belum tunjukkan lagi kepadaku..,tp kekadang stress jugak blaja macam nak rak tp result hampeh.,.,mungkin cara pmbeljrn yg x konsisten,.,.tp ap2 pun ak tetap tnmkan dlm diriku yg ak msh boley mengatasi semua ini kerna ak percaya ALLAH tlah berfirman"ALLAH tidak akn mnguji umatnya jika tidak mampu"melainkan dgn kemampuannye.,lbh kurang mcm tu lah ak slalu bace ayt ni dlm al mathurat that"s why ak percaye ak msh bley lakukan,.,psl test tu plak yg x bley blah paper physic..rase cam nak koyak jer paper tuh.

doa cinta utkkmu Ya ALLAH


Ya Allah,

Kurniakan aku Cinta-MU...
dan
Cinta orang-orang yg Cinta Kepada-MU...
semoga dengan CINTA ini... .

Dapat kudambakan
kepada... .
Kedua IBUBAPA-ku...
Adik-beradik-ku...
Sanak-saudara-ku... .
dan... .
Seluruh Umat Islam... .

AMIN... ... .
- Sesungguhnya,hanya CINTA kepada-MU YA
ALLAH melebihi segala-galanya... .-

kuharap dpt bertemu dgn lailatulqadar.,.amin YA ALLAH


Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT menghadiahkan kepada hamba-hamba-Nya satu malam yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadar. Malam ini dinamakan dengan Lailatul Qadar kerana di ambil daripada kalimah al-Qadar yang bererti kemuliaan atau kedudukan yang tinggi... Ataupun di ambil daripada kalimah Qadar atau Taqdir kerana pada malam ini Allah SWT memutuskan urusan-Nya dan menetapkan taqdir segala perkara...

Firman Allah SWT...
(Sesungguh Kami telah menurunkan (alQuran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu?? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar). (Surah al-Qadar: 1-5)

Beberapa kelebihan tentang Lailatul Qadaryang dapat di ambil dari Surah al-Qadar antara nya ialah:

Allah menurunkan Al-Quran pada malam itu nescaya memberi petunjuk dan kebahagiaan.

Para malaikat akan turun ke dunia pada malam itu dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.

Sama-sama lah kita menghayati bulan Ramadhan ini... Semoga mendapat keampunan dari Allah SWT...

maggi!!!!


Tersebutlah kisah dalam pasaraya, Mee amatlah cemburukan Maggi sehingga memusuhi si maggi ini. Oleh kerana rak Mee berhadapan dengan rak Maggi, apa lagik bertambahlah cemburunya beliau apabila ramai orang yang membeli Maggi. Sehinggalah pada satu hari, rak di hadapan Mee menjadi kosong. Legalah hati Mee kerana tak payah lagi nak melihat muka si Maggi hari². Pada satu pagi yang indah, apabila mee membuka mata, tiba² dia terpandang rak di depannya yang penuh dengan Bihun. Dia menjerit, "Woi Maggi, mentang²lah buat teknik rebonding, kau jangan ingat aku tak kenal kau!" Bihun kebingungan. .. heuheuheu...

otakku otakmu juga


Kamu bercita-cita menjadi seorang bijak pandai. Cita-cita ini akan tercapai sekiranya kamu mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Bagaimana cara untuk mendapatkan otak yang cemerlang? Para pengkaji dan ahli psikologi menekankan beberapa cara untuk mencemerlangkan otak. Antara yang perlu kamu lakukan:
1. Mempunyai daya kekuatan mental dan fizikal yang bertindak aktif dan positif. Sikap dan tahap pemikiran kamu mestilah seimbang.
2. Mempunyai pemikiran yang sentiasa bersih. Jangan sesekali memikirkan perkara yang tidak baik atau bercadang untuk bermalas-malas.
3. Sentiasa berdaya saing dan kekuatan mental terhadap cabaran. Kamu juga perlu bersikap ingin mendahului rakan di dalam pelajaran.
4. Mengambil makanan yang sihat untuk kecerdasan otak. Jangan amalkan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan minda
6. Sentiasa mengatur waktu tidur yang mencukupi untuk merehatkan otak. Jangan berjaga hanya kerana ingin menonton siri kesukaan tetapi menjaga disiplin tidur untuk kesegaran esok hari.
7. Bertafakur, berdoa dan membersihkan pemikiran. Setelah berusaha, jangan lupa untuk mendoakan kejayaan dan sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan tinggi.
anda pasti bley halilah.,.,ganbattene~


mulakan harimu


  1. bersyukur kpd ALLAH
  2. tekad bermotivasi
  3. mulakan dgn bismillah
  4. setkan target diri
  5. lihat warna cerah
  6. penuhkan hati dgn kemaafan
  7. kita mesti berubah.,.cubalah utk mnjadikan hari ini lbh baik dr smlm.,.,
kita pasti bley insyaallah.,.,halilah u can do it,.,

Sunday, August 23, 2009

jgn tdo

Diriwayatkan dari Anas r.a Nabi Muhammad SAW pernah bersabda Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)”.
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal. Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

weyh ap ni,.Astagfirullah


Jika anda seorang muslim, anda jangan memanggil "mosque" tetapi masjid ini kerana organisasi islam menemukan bahawa "mosque" merupakan nyamuk. Janggan kamu tulis "mecca" tetapi tulislah "mekah" kerana "mecca" membawa maksud rumah anggur/bir. Jangan ditulis "mohd" tetapi tulislah dengan lengkap iaitu "muhammad" kerana "mohd" adalah anjing bermulut besar. Jangan ditulis "4JJI" tetapi tulislah "ALLAH SWT" kerana "4JJI" adalah "For Judas Jesus Isa Al-masih". Jangan kamu tulis "askum/akum" tetapi ditulislah dengan lengkap iaitu Assalamualaikum / salam kerana askum adalah celakalah kamu.

tangis RASULULLAH







"Rasulullah s.a.w sangat menyayangi dan mengasihi umatnya serta merasa takut andaikata mereka ditimpa azab.Ketika ada gerhana matahari,diriwayatkan bahawa baginda s.a.w mendirikan solat dan menangis dalam solatnya.Dalam bayang-bayang ketakutan beliau menangis dan berdoa bagi Umatnya,agar mereka tidak binasa kerana azab dari sisi Allah.
Daripada Abdullah bin Amr r.a . dia berkata : " Suatu hari muncul gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w .Lalu beliau mendirikan solat.Setelah cukup lama beliau akan rukuk,barulah beliau rukuk.Setelah cukup lama beliau angkat mengangkat kepalanya,barulah beliau mengangkat kepala.Setelah cukup lama beliau akan sujud,barulah beliau sujud.Selagi akan mengangkat kepala,beliau menghembuskan nafas ***dan menangis seraya bersabda :
" Ya Rabbi , bukanlah Engkau sudah berjanji kepadaku untuk tidak mengazab mereka,padahal mereka sudah memohon ampunan dan kami pun memohon ampunan kepada-Mu ? "
Ketika beliau selesai melaksanakan dua rakaat,maka matahari terang kembali. Lalu beliau memuji Allah dan bersabda :
" Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah,yang tidak gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kehidupannya.Jika keduanya gerhana,maka bangunlah untuk mengingat Allah ".
(Diriwayatkan Abu Daud,An-Nasa'y,At-Tirmidzy,Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)***1)
***Maksud menghembuskan nafas disini,kerana beliau merasa sayang kepada Umatnya ketika melihat kejadian yang besar,seperti api,sehingga beliau merasa takut terhadap nasib Umatnya.
1.sebab tangis Rasulullah
s.a.w ,kerana merasa sayang kepada Umatnya andaikan turun azab kepada mereka yang menghendaki kepentingan duniawi.Tentu sahaja tujuan seperti ini tidak diinginkan Rasulullah s.a.w atau pun Abu Bakar,sekali pun mungkin sebahagian sahabat ada yang menginginkannya.Begitulah yang dikatakan Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma'ad,3/111.
Sumber Rujukan/Petikan : SENYUM DAN TANGIS RASULULLAH S.A.W Judul Asli : SIFATU DHAKI WA BUKA'IN NABI WA MUZAJUHU MA'A ASHABIHI. Pengarang : Ahmad Musthafa Qasim Ath-Thahthawy. Penterjemah : Kathur Suhardi. Diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh : Mohd Azman Sastro. ISBN : 983-9062-81-6 Cetakan Pertama : 1998. Terbitan: Pustaka Syuhada,...,,sedarlah kwn2ku..termasuk diriku

kem jati diri

waktu bulan julai aritu semua f4 skool ak tlah mnjalani kem jati diri.,,.kononnye utk meningkatkan jati diri.,.,mungkin ad kot dlm diri beberapa org,..tp ad beberapa org x join ats sb tertentu,..,,cian diorg,.,yg menariknye bebudak group ak"decepticon"asyik ler dgn cheer ktorg.,.,hihi.,.,"capati roti canai,,makan cicah susu,.biar semua org tahu decepticon nmbor satu,.bestnye bebudak group ak.,ni member2nye yg ak igt ar.,ak ,zirah,allya"org kata dye klon ak"ye lah kot.,.haha.,.,alya ng"slaku penolong ketua,..ilyani "splinter"mardhiah.,.,hah..shasha hampir lupa plak,.,haha..,yg laki plak.,.,azri.,."macha"mamat slaku ketua,.sasai"shafiq saiyete"acap.,.nash.,faiz mag..,rahimi blank.,.budak ni blur jer ak tgk,.hihi.,.sape ntah ag.,,.scene yg menarik waktu night walk,..,nash ngan acap gaduh memain"nash ckp"ko jgn pegang tgn ak acap"hish geli ak,..,laki pegang2tgn,...ak yg dgr ni tergelakleh memang ler kena pegang tgn kwn oi,.,.nanti jatuh plak kang.,.haha.,.hehe,.,waktu night walk alhamdulilah ak dpt jln bergroup.,.huh.,.,ketakutan ak msh lg x dpt diatasi,.,bilalah agknye keberanian ak akn muncul semula stlh lama hilang kat kem lambaian danau dulu.,dania,.,shasha pun penakut gak,,ak jln ngan diorg,.bdk laki pun ad skali ni kes tertdo x de org kejut ar ni,.,sasai ngan ayyad.,sasai blank2 bgn jln ngan ktorg.,bukn nak ckp ap ar bukit tu 45 degree ,..mencungap ak nak naik,.,camnele bebudak yg sebelum2 ak ni naik dah leh diorg jln sesorang.,yg paling ak ingt ktorg tdo ats jln beramai ramai.,msh tuh dah x kisah bersih ke kotor ke,.,bantai jer yg penting tdo!!





Namrud telah memerintahkan supaya dibunuh anak-anak lelaki yang baru lahir. Namrud begitu yakin dengan nasihat para kahin (nujum) yang mentafsirkan mimpinya, bahawa kerajaannya akan jatuh oleh seorang bayi lelaki yang bakal lahir. Oleh kerana tidak tahu siapa di antara bayi -bayi yang lahir itu yang akan menjatuhkan kerajaannya, maka Namrud memerintahkan membunuh semua sekali, asal saja bayi itu lelaki. Kerana itu Nabi Ibrahim a.s diselamatkan oleh ibunya, baginda dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah gua. Begitu juga yang berlaku kepada Nabi Musa a.s, ahli-ahli nujum Firaun pula meramalkan kejatuhan kerajaan Firaun adalah di tangan bayi lelaki yang bakal lahir.
Kalau Nabi Ibrahim disorok di dalam gua, Nabi Musa disorok di dalam istana Firaun. Malah sebelum itu pernah dimasukkan ke dalam sabak (tempat bakaran roti) serta dihanyutkan ke sungai, terapung-apung hingga tiba di istana Firaun. Dari sanalah diambil oleh Firaun sebagai anak angkat, sementara ibunya dipanggil untuk menyusui anak angkat Firaun. Begitulah kisah dua orang Rasul yang bertaraf Ulul Azmi, lebih lagi bagi Rasul yang menjadi penghulu segala Nabi dan Rasul, Rasulullah SAW. Sebelum baginda dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Di sana dikenali dengan nama Ahmad, bukan Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan.
Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendita Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat peribadi Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut di samping mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka. Apabila berlaku kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat danInjil. Apabila tiba seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang kerana iri hati dan hasad dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak sudah-sudah memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan melumpuhkan ajaran Islam. Mereka berusaha agar umat Islam terlupa rahsia keagungan Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa. Mereka menanamkan sikap cinta dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah.
Firman Allah: "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikut cara hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh Kristian dari tangan umat Islam, berbagai strategi diatur dengan begitu rapi. Pemimpin mereka berpesan, "Jika kamu lihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang tidur-beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Selagi kamu lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat menumpaskan mereka."

Kini alaf baru telah tiba. Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di alaf ke 21 Masihi ini, sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan dan kegemilangan semula Islam kali kedua. Perkara ini bagi sesetengah umat Islam dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang. Termasuk di kalangan alim ulama yang terpengaruh dengan orentalis Barat. Keyakinan umat Islam terhadap hadis akhir zaman digugat dengan mewartakannya sebagai hadis dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan di pihak mereka, Yahudi dan Nasrani, telah bersedia lebih awal dan bersiap siaga dengan kebangkitan yang dijanjikan itu. Ini kita dapat lihat, seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya, ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadis oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadis-hadis yang menyebut secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam bererti kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebatilan mereka akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar keadilan. Memang secara jelas disebut di dalam hadis tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila telah ada hadis mendahului ramalan itu, ia bukan nujum. Kadangkala dikatakan itu sebagai ramalan hanya untuk mengelirukan umat Islam. Mereka kata itu ramalan mereka sedangkan itu adalah maksud hadis yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini. Sudahlah umat Islam ini diragukan dengan hadis, mereka tipu pula umat Islam dengan menamakan hadis sebagai ramalan (nujum) mereka.
Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.
Menurut beliau:

1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.



1. Akan muncul A New World Religion.
Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah.
Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda
Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)
Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.

2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:
1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)
2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman. Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu.
Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.
Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand). Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.
Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.
Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami. Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.
Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)
Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Sabda Nabi SAW: "Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani)

5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang. Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau. Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.

6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja. Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.
Sabda Nabi SAW, "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)

specialnye wanita


Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."

" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

" Sabda Nabi S.A.W:

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

PEREMPUAN MUKMINAH:

Siti Zubaidah tokoh pembangunan yang berwawasan

Dia seorang lagi serikandi Islam yang cukup terkenal dari dahulu sehingga kini. Dia juga turut dikaitkan dengan terusan yang cukup pernting dan popular serta menjadi nadi kepada umat Islam, terutama yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Terusan yang dibina kira-kira 1400 tahun dahulu itu adalah hasil dari inisiatif seorang wanita hartawan, Siti Zubaidah binti Jaafar. Jasanya terutama dalam pembangunan infrastruktur di zaman kerajaan Abasiah. Terusan tersebut menjadi nadi penting pada masa itu.

Kisah wanita ini amat menarik untuk ditatapi oleh pembaca, bukan kerana dia isteri Khalifah Harun Al-Rashid, tetapi dikagumi kerana kepintaran dan wawasannya membina kemudahan infrastruktur negara.

Perkahwinan Siti Zubaidah dan Khalifah Harun diadakan secara besar-besaran semasa pemerintahan Al-Mahadi, ayahanda kepada Khalifah Harun. Rakyat jelata dan fakir miskin dihidangkan dengan pelbagai hidangan lazat serta diberikan pelbagai hadiah istimewa di majlis itu.

Khalifah Harun yang pada masa itu belum dilantik sebagai Khalifah sanggup membelanjakan banyak wang untuk meraikan perkahwinannya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja kerana terlalu gembira berjaya memiliki wanita idaman.

Siti Zubaidah seorang wanita yang pintar dan berpandangan luas. Justeru pendapatnya sentiasa diterima dan dihormati. Selain itu di juga berbakat dalam bidang seni terutama sajak dan syair berunsur perjuangan, puji-pujian kepada Tuhan, selawat ke atas Nabi dan sebagainya.

Aktiviti seni dan budaya menjadi sebahagian dari darah dagingnya. Di juga mempunyai dan memimpin unit kebudayaan di bawah pimpinannya.

Selain itu di juga isteri yang memahami tugas dan tanggungjawab suami sebagai pejuang Islam. Untuk itu dia sentiasa berjalan seiring dengan perjuangan suami kerana menyedari tenaga wanita sepertinya turut diperlukan dalam perkembangan negara Islam.

Dia juga sedar bahawa tugas sebagai pemipin bukan satu tugas yang mudah dan tugas isteri jua bukan sekadar ibu rumahtangga, tetapi mendampingi, memberikan buah fikiran dan membantu tugas-tugas suami terutama dalam meningkat imej negara dan agama Islam.

Bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, Siti Zubaidah begitu berhati-hati mengatur hidupnya menguruskan rumahtangga dan menghibur suami serta anak-anak yang bakal dilahirkan.

Dia sedar sebagai isteri Khalifah, dia perlu cepat bertindak dan bijak membuat keputusan, berwaspada dalam semua keadaan, membataskan diri dengan hukum-hukum syarak serta berkorban apa sahaja untuk suami walaupun terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Yang penting baginya biarlah suami mendapat layanan terbaik dan istimewa serta sentiasa dilimpahi kegembiraan.

Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, tetapi wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementera dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis. Keindahan dan kemanisan itulah yang dicari.

Idea untuk membina terusan tersebut terdetik apabila mendapat tahu bahawa penduduk di Mekah menghadapi masalah kekurangan air ketika mengerjakan haji pada tahun 186 hijrah.

Melihat keadaan itu, dia mengarahkan semua arkitek dan pekerja untuk segera melaksanakan pembinaan projek terusan walaupun terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar.

Mereka memulakan kerja-kerja tersebut dengan menyambungkan mata air dari gunung-gunung di sekitar Mekah. Projek ini menelan belanja 1,700,000 dinar. Ia masih beleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan di antara Mekah dan Mina.

Selain itu dia juga turut memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Mekah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai yang datang ke Mekah berehat.

Selain itu di Baghdad juga terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan masjid Siti Zubaidah kerana dia yang bertanggungjawab membinanya

Khalifah Harun Al-Rashid amat gembira dan berasa bertuah kerana mempunyai isteri yang cantik dan bijak. Pasangan ini sering berbincang dan bertukar pandangan. Pendapat Siti Zubaidah selalu tepat dan sesuai untuk pembangunan semua golongan.

Tentang penglibatan dalam politik, dia tidak bermaksud untuk mencampuri urusan tersebut, tetapi mahukan anak sulungnya, Al-Amin dilantik sebagai Putera Mahkota, tetapi cadangan ini telah dibantah oleh Khalifah Harun Al-Rashid.

"Wahai Zubaidah, sesungguhnya kelebihan anakmu dihadapanmu adalah sama seperti keindahan seorang anak di mata ibu bapanya. Bertakwalah kepada Allah, sebenarnya demi Allah, anakmu ini lebih aku kasihi dari lain-lain"

"Tetapi perkara ini adalah perkara pemerintahan, tidak boleh diserahkan, melainkan kepada orang yang berhak. Kita semua bertanggungjawab kepada rakyat jelata dan berdosa jika kita cuai. Kita tentu tidak sanggup menemui Allah dengan menanggung dosa-dosa mereka serta dipertanggungjawabkan atas kesalahan-kesalahan mereka." Kata Khalifah.

Setelah mendengar kata-kata suami tersayang, Siti Zubaidah tidak membantah. Bagaimanapun sejarah kemudian menyaksikan Al Amin dilantik dan diberikan jawatan itu selepas kemangkatan Khalifah. Dia kemudian digulingkan dan dihukum bunuh setelah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Tempatnya diganti oleh Al Makmum.

Siti Zubaidah menyaksikan semua itu dengan hati yang hancur luluh. Tetapi apabila mengingatkan kata-kata arwah suami, jiwanya kembali tenang. Dalam masa yang sama ada yang cuba menghasut supaya menuntut bela ke atas pembunuhan tersebut, tetapi dia berjaya mengenepikan hasutan tersebut. Baginya Al Makmum tidak bersalah dan dia kenal siapa anaknya dan siapa Al Makmum.

Sejak itu wanita ini menghabiskan sisa-sisa hidup dengan memperbanyakkan ibadat, berzikir serta memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Dia juga menjadi tumpuan, tempat rujukan dan pertanyaan mengenai hal-hal furuk dalam ajaran Islam.

Siti Zubaidah menyimpan seramai 100 jariah yang menghafaz al-Quran. Dia meninggal dunia pada 216 Hijrah di Baghdad.

Kitab Riadhus Salikin menceritakan bahawa selepas beberapa malam setelah kematian Siti Zubaidah, seorang soleh yang bertaraf wali Allah bermimpi melihatnya berada di dalam syurga.

Wali Allah tersebut bertanya, "Apakah amalan yang menyebabkan engkau memperolehi darjat ini?"

"Tidak, bukan itu. Aku memperolehi darjat ini kerana harta yang bercampur. Allah mengira pahala dan mengampunkan segala dosaku kerana sewaktu aku mengadakan majlis nyanyian dan bersyair, aku hentikan apabila suara muazzin melaungkan azan, aku menyuruh semua jariahku berhenti dan menyambung kembali setelah azan selesai. Itulah amal ibadat yang Allah terima dan nilai," kata Siti Zubaidah.

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH:

Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi) Mentaati dan menyenangkan hati ibu Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami) Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami) Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi) "Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33) Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita

solatku~ibadahku hanya keranamu ya ALLAH





Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t telah berfirman:

"Sembahyang itu Kubahagi dua, antara Aku dan hambaKu.

Untuk hambaKu ialah apa yang dimintanya.

Apabila ia mengucapkan "Alhamdulillahi rabbil "aalamin"

Maka Aku menjawab, "Hamidani abdi" (hambaKu memujiku)

Apabila ia mengucapkan "Arrahmanir rahim" (Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Maka Aku menjawab, "Atsnaa alayya abdi" (hambaKu menyanjungiKu)

Apabila ia mengucapkan "Maaliki yaumiddin" (Maha Penguasa Hari Kemudian)

Maka Aku menjawab, "Majjadani abdi" (hambaKu mengagungkanKu)

Apabila ia mengucapkan "Iyyaakana"budu wa iyyaaka nasta"in" (kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan)

Maka Aku menjawab, "Hadza baini wa baina "abdi,wa li abdi ma saala" (inilah bahagianKu dan bahagian hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang dimintanya)

Apabila ia mengucapkan "Ihdinash shirathal mustaqim,shirat allaziina an"amta "alaihim ghairi almaghdhuubi "alaihim wa ladhdhaalliina" (pimpimlah kami ke jalan yang lurus,yakni jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka.bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Maka Aku menjawab, "hadza li "abdi, wa li "abdi ma saala" (inilah bahagian hambaKu, dan untuknya apa yang dimintanya)

Hadith di atas merupakan hadith yang besar dan agung. Sekiranya setiap orang yang solat itu dapat menghayati hadith ini, pastinya akan mencapai kekhusyukan yang semestinya dalam solat dan dia dapat pengaruh yang besar yang terkandung dalam surah al-Fatihah. Bagaimana dia tidak mendapat hal itu, padahal dia amat menyedari bahawa Allah s.w.t mengajak dia berbicara, sekaligus memberikan apa yang dimintanya.

Sepatutnya dalam percakapan (ibadah solat) itu benar-benar disertai dengan sikap pengagungan dan penghormatan. Rasulullah bersabda, "apabila salah seorang di antaramu mendirikan solat, sesungguhnya ia sedang bermunajat kepada tuhannya,maka hendaklah ia memperhatikan bagaimana cara bermunajat kepada-Nya (yang baik)" (Mustadrak al-Hakim)


sampaikanlah walau satu ayat

mataku~



1. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mata batin.

2. Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.

3. Mata lahir macamlah lampu kereta. Kalau selalu sahaja dimain-main lampu itu akan melemahkan bateri. Begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram, ia akan melemahkan mata hati.

4. Mata adalah satu anggota badan yang mempunyai peranan dan falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya:

i. Kalau ia memandang sambil lewa ertinya ia melihat sambil berfikir.

ii. Kalau ia memandang secara menjeling, ada rahsia yang dia hendak tahu atau ada perkara yang dia curigai, atau hendak mencuri pandangan agar orang tidak tahu.

iii. Kalau ia memandang dengan tajam sambil merenung ertinya ia memandang sambil berfikir kerana ingin memahami apa yang dia lihat.

iv. Kalau dia memandang dengan membeliakkan mata bererti dia merasa hairan apa yang dia lihat atau dia marah pada seseorang.
v. Kalau dia memandang di satu hala, lama pula dan biasanya badannya tidak digerakkan mungkin dia berkhayal atau merenung akan sesuatu di masa yang lalu atau memikirkan di masa depannya, apa nasibnya.

vi. Kalau dia menggunakan mata melihat ke tempat-tempat dan dialihnya pandangan dari satu tempat ke satu tempat atau pandangannya dilirik-lirikkannya ertinya dia terpesona atau kagum dengan apa yang dia lihat atau merasa aneh atau merasa gerun. Boleh jadi juga merasa jijik.

vii. Kalau dia mengenyit-ngenyitkan mata ertinya memberi isyarat sesuatu kepada seseorang atau memberi signal kepada seseorang yang dia telah jatuh hati kepada orang itu.

viii. Kalau dia memejamkan mata bererti dia hendak tidur atau hendak mengingatkan sesuatu yang dia telah lupa.

ix. Kalau dia memain-mainkan mata atau menggerak-gerakkan mata atau mengenyit-ngenyitkan mata ertinya dia hendak bergurau. Biasanya selalu digunakan kepada kanak-kanak.

ukhwah fillah abadan abada





DIRIWAYATKAN, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya.
Malaikat maut berkata: *Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya.*
Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.
Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: *Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?*
Malaikat maut menjawab: *Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi.*
Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda, bermaksud:
*Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim.*
Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya.
Firman Allah bermaksud *Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan (apa-apa yang Dia kehendaki).*
Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah menziarahi dengan niat silaturahim.
Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman. Firman Allah bermaksud *Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.* (Surah al-Hujuraat, ayat 10)
Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud: *(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran.* (Hadis riwayat At-Thabrani).
Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tidak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah.

YA ALLAH BETAPA BERDOSANYE AKU







JASA ANDA DI DUNIA ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang- Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan
>murka
>
>Al-Jabbar
>
>4. Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang
>diasah
>
>5. Menyebarkan gossip atau fitnah- Duri- duri menanti anda di
>taman
>
>neraka
>
>6. Tidak menjaga pergaulan- Libasan api neraka
>dijanjikan
>
>7. Tidak berakhlak dengan manusia| - Kemurkaan Allah bersama mu..
>
>
>8. Menyakiti hati orang dengan- Masuklah mana-mana
>pintu neraka
>
>lisan
>
>9.Meringankan amanah- Angkatlah seberkas
>kayu dari
>
>neraka|
>
>10.Bersangka buruk- Amalan baik
>diambil orang

ayuh berdoa di ramadhan almubarak ini


Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!!
Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari ? 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!

once upon a time,.,.

arini dah msuk ari kedua puase,.,huh...ag byk ari yg perlu kutempuh.,.,erm,.semakin ari ak terpikir ap yg akn berlku kat umat islam kat malaysia ni.,.,tambhn plak dgn wabak H1N1 ni kalo yg slalu pi tempt2 maksiat tuh x sedar2 jugak x taw ar.,.

Saturday, August 22, 2009

satan"s meeting


THE SATAN’S MEETING

Satan called a worldwide convention of demons. In his opening address he said, “We can’t keep Muslims from going to Mosque.We can’t keep them from reading their Quran and knowing the truth.We can’t even keep them from forming an intimate relationship with their Allah and His messenger Muhammad.”

“Once they gain that connection with Allah, our power over them is broken.So let them go to their Mosques; let them have their covered dish dinners, BUT steal their time, so they don’t have time to develop their relationship with Allah and His messenger Muhammad. This is what I want you to do.” said the Devil.
“Distract them from gaining hold of their Allah and maintaining that vital connection throughout their day!”
“How shall we do this?” his demon shouted.
“Keep them busy in non-essentials of life and invent innumerable schemes to occup their minds” he answered.

“Tempt them to spend, spend, spend and borrow, borrow, borrow. Persuade the wives to go to work for long hours and the husband to work 6-7 days each week, 10-12 hours a day so they can effort their empty lifestyle. Keep them from spending time with their children. As their family fragment, soon, their homes will offer no escape from pressure of work!”
“Over-stimulate their minds so that they cannot hear that still, small voice. Entice them to play the radio or cassette player whenever they drive and to keep the TV, VCR, CDs and their PCs going constantly in their home and see to it that every store and restaurant play that music constantly.”

“This will jam their minds break that union with Allah and His messenger Muhammad. Fill the coffee tables with magazines and newspapers. Pounds their minds with the news 24 hours a day. Invade their driving moments with billboards. Flood their mailboxes with junk mail, mail order catalogs, sweepstakes, and every kind of news letter and promotional offering free products, services and false hopes.”
“Keep skinny , beautiful skimpy-clothed models of the magazines and TV so their husband will believe that outward beauty is what’s important and they’ll become dissatisfied with their wives.Keep the wives too tired to love their husbands. Give them headaches too! If they don’t give their husband the love they need, they will begin to look elsewhere. That will fragment their family quickly!”

“Give them story books to distract them from teaching their children the real meaning of Solat. Keep them too busy to go out of nature and reflect on Allah creation. Send them to amusement parks, sporting events, plays, concerts, and movies instead.”
“Keep them busy, busy, busy!”
“And when they meet for spiritual fellowship, involve them in gossip and small talk so that they leave with trouble conciences. Crowd their lives with so many good causes they have no time to seek power from Allah.Soon they will be working on their own strength, sacrificing their health and family for the good of the causes.”
“It will work! It will work!”
It was a quite a plan!
The demons went eagerly to their assignments causing Muslims everywhere to get busier and more rushed, going here and there. Having little time for their Allah or their families. Having no time to tell others about the power of Allah and His messenger Muhammad to changes lives.

I guess the question is, has the devil been successful in his schemes?
You be the judge!!!
Does “BUSY” mean :
B-eing
U-nder
S-atan’s
Y-oke?

Will you admit it if you love Allah? Do you love Him?

me myself

ak bukannye ad ape2 pun...yg ak impikan ialah agr dpt jadi khalifah di muka bumi ini dgn sebaiknya....i"ll try how hard it is....tp kekadang susah juga kalo nak tegur org..biaselah manusia..tp nak x nak kena jugak tegur...ak x nak kat akhirat nanti ditanya...insyaallah i"ll do my best,although ak ni bikannye jenis yg pandai mnjaga hati org...hari ni dah masuk ari kedua pose,ak harap sifat malas yg ad dlm diriku ni bakal dikikis sehingga bersih....ak ad beberapa impian utkku capai pd ketika ini.,.,namun kuharap ia bukannya hanya sebgai angan2....i want it to be real..kekadang bila ak fail buat sesuatu tu ak trpikir jugak"biar kepahitan itu pergi agr kemanisn dpt mengisi...biar kekecewaan berlalu agr kegembiraan mewarnai....biarkan diri derita agr kutahu keperitan derita ini,agr ku sedar kesengsaraan ini....x sama bahkn hanya secebis dr penderitaan RASULULLAH S.A.W.....tuhan sesekali tidak menzalimi hambanya.,.tetapi manusialah yg menzalimi diri mereka sendri...lailahaillaanta subhanakainnikuntumminazzalimin...