toyota kereta hibrid kompak...zaman semakin maju

Toyota perkenal kereta konsep hibrid kompak

News & Events - By author on Thursday, January 14, 2010 - 02:29

TOYOTA memperkenalkan kereta konsep hibrid kompak pada Pameran Automotif Amerika Utara yang disasarkan untuk memanfaatkan peluang daripada populariti model Prius serta bertambahnya minat terhadap kenderaan gabungan bahan bakar dan elektrik.
Pengenalan kereta konsep FT-CH itu sejajar dengan strategi Toyota untuk menawarkan pilihan kereta hibrid lebih meluas kepada pelanggannya ketika ia mula memperkenalkan kenderaan kuasa bateri serta hibrid di pasaran global, kata syarikat itu.
“Dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi, kita bukan hanya akan menyaksikan kemuncak dalam pengeluaran minyak tetapi juga akan memasuki tempoh yang mana permintaan bagi semua bahan bakar cecair akan mengatasi bekalan,” kata Presiden Unit Toyota Amerika Syarikat (AS), Jim Lentz.
“Satu daripada alternatif yang ada ialah menerusi apa yang biasa dipanggil sebagai pengecasan kereta. Setakat ini, satu contoh paling berjaya ialah hibrid antara petrol dan elektrik,” katanya.
Tahun lalu, Toyota menjual 530,000 kenderaan hibrid di seluruh dunia termasuk 195,000 di AS, menurut Lentz. - AFP
p/s wah dunia semakin maju..kt harus berfikir tentang 10 tahun akan datang..

Comments

Popular Posts