tangis RASULULLAH







"Rasulullah s.a.w sangat menyayangi dan mengasihi umatnya serta merasa takut andaikata mereka ditimpa azab.Ketika ada gerhana matahari,diriwayatkan bahawa baginda s.a.w mendirikan solat dan menangis dalam solatnya.Dalam bayang-bayang ketakutan beliau menangis dan berdoa bagi Umatnya,agar mereka tidak binasa kerana azab dari sisi Allah.
Daripada Abdullah bin Amr r.a . dia berkata : " Suatu hari muncul gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w .Lalu beliau mendirikan solat.Setelah cukup lama beliau akan rukuk,barulah beliau rukuk.Setelah cukup lama beliau angkat mengangkat kepalanya,barulah beliau mengangkat kepala.Setelah cukup lama beliau akan sujud,barulah beliau sujud.Selagi akan mengangkat kepala,beliau menghembuskan nafas ***dan menangis seraya bersabda :
" Ya Rabbi , bukanlah Engkau sudah berjanji kepadaku untuk tidak mengazab mereka,padahal mereka sudah memohon ampunan dan kami pun memohon ampunan kepada-Mu ? "
Ketika beliau selesai melaksanakan dua rakaat,maka matahari terang kembali. Lalu beliau memuji Allah dan bersabda :
" Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah,yang tidak gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kehidupannya.Jika keduanya gerhana,maka bangunlah untuk mengingat Allah ".
(Diriwayatkan Abu Daud,An-Nasa'y,At-Tirmidzy,Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)***1)
***Maksud menghembuskan nafas disini,kerana beliau merasa sayang kepada Umatnya ketika melihat kejadian yang besar,seperti api,sehingga beliau merasa takut terhadap nasib Umatnya.
1.sebab tangis Rasulullah
s.a.w ,kerana merasa sayang kepada Umatnya andaikan turun azab kepada mereka yang menghendaki kepentingan duniawi.Tentu sahaja tujuan seperti ini tidak diinginkan Rasulullah s.a.w atau pun Abu Bakar,sekali pun mungkin sebahagian sahabat ada yang menginginkannya.Begitulah yang dikatakan Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma'ad,3/111.
Sumber Rujukan/Petikan : SENYUM DAN TANGIS RASULULLAH S.A.W Judul Asli : SIFATU DHAKI WA BUKA'IN NABI WA MUZAJUHU MA'A ASHABIHI. Pengarang : Ahmad Musthafa Qasim Ath-Thahthawy. Penterjemah : Kathur Suhardi. Diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh : Mohd Azman Sastro. ISBN : 983-9062-81-6 Cetakan Pertama : 1998. Terbitan: Pustaka Syuhada,...,,sedarlah kwn2ku..termasuk diriku

Comments

Popular Posts