kuharap dpt bertemu dgn lailatulqadar.,.amin YA ALLAH


Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT menghadiahkan kepada hamba-hamba-Nya satu malam yang sangat berkat iaitu Lailatul Qadar. Malam ini dinamakan dengan Lailatul Qadar kerana di ambil daripada kalimah al-Qadar yang bererti kemuliaan atau kedudukan yang tinggi... Ataupun di ambil daripada kalimah Qadar atau Taqdir kerana pada malam ini Allah SWT memutuskan urusan-Nya dan menetapkan taqdir segala perkara...

Firman Allah SWT...
(Sesungguh Kami telah menurunkan (alQuran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu?? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar). (Surah al-Qadar: 1-5)

Beberapa kelebihan tentang Lailatul Qadaryang dapat di ambil dari Surah al-Qadar antara nya ialah:

Allah menurunkan Al-Quran pada malam itu nescaya memberi petunjuk dan kebahagiaan.

Para malaikat akan turun ke dunia pada malam itu dengan membawa kebaikan, keberkatan dan rahmat.

Sama-sama lah kita menghayati bulan Ramadhan ini... Semoga mendapat keampunan dari Allah SWT...

Comments

Popular Posts