copy paste dari group whassap

Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. Ujian-ujian yang Allah kenakan kepada manusia.

1. Ujian Bencana (al-Baqarah ayat 214)

2. Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214)

3. Ujian Kemiskinan (al-Baqarah ayat 115)

4. Ujian Kesenangan (al-Zumar ayat 49)

5. Ujian Kehilangan (Saad ayat 34)

6. Ujian Di Datangkan Orang Menzalimi Dan Menganiyai (al-Baqarah ayat 49)

7. Ujian Tarikan Maksiat (Surah Taha ayat 85)

8. Ujian Ketaatan Pada Perintah Allah (Surah al-Saffat ayat 106)

9. Ujian Dianugerahkan Kelebihan (Surah Dukkan ayat 33)

10. Ujian Hati (Surah al-Anfal ayat 28)

Sepuluh ujian ini adalah untuk Allah lihat, adakah kita ingin tangani segala ujian susah dan senang ini selaras dengan apa yang diajarkan oleh Allah pada kita.

Sesungguhnya, jangan kita angan-angankan kita akan dapat masuk ke syurga sebelum Allah datangkan ujian kepada kita. Dalam al-Quran Allah nyatakan bahawa: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa). [Surah al-Baqarah ayat]

Sabda Nabi SAW:

إذا نزل بكم كرب أو جهد أو بلاء فقولوا: اللّهُ رَبُّنَا لَا شَرِيكَ لَهُ.
رواه البيهقى عن ابن عباس.

Maksudnya:
Apabila datang kepadamu kesusahan-kesusahan atau kepayahan-kepayahan atau bala, maka katakanlah, “Allahu robbuna laa syariika lahu (Allah adalah Tuhan kami, tidak ada sekutu bagiNya)".
(Hadith Riwayat Baihaqi)

Nabi SAW bersabda:

أيما مسلم كسا مسلما ثوبا على عرى كساه الله تعالى من خضر الجنة، وأيما مسلم أطعم مسلما على جوع أطعمه الله يوم القيامة من ثمار الجنة، وأيما مسلم سقى مسلما على ظمإ سقاه الله تعالى يوم القيامة من الحيق المحتوم.

Maksudnya:
“Mana-mana orang Islam yang memberi pakaian akan orang Islam yang tak punya pakaian, memberi Allah s.w.t. akan dia pakaian daripada pakaian syurga, dan mana-mana orang Islam yang memberi makanan akan orang Islam yang kelaparan, memberi Allah akan dia makanan pada hari kiamat daripada buah syurga, dan mana-mana orang Islam memberi minum akan orang Islam yang kehausan, memberi Allah s.w.t. akan dia minuman pada hari kiamat daripada arak yang dicap dengan kesturi".
(Hadith Riwayat Muslim)

Comments

Popular Posts