Monday, September 28, 2009

kelebihan menghormati azan

kalo kt tengok masa skang ni...amt sukar utk jumpa org yg betol2 hormat pd azn...contoh paling senang kat musolla muzaffarlah...kalo azan je mesti ad org brckp..kekadang ak x phm kenapa susah sgt nak diam yg x smpai 10 minit tu..jom kita ikuti kelebihan menghormati azan..




Walaupun amalan yang dilakukan adalah kecil dan bukan juga dia dari kalangan orang yang warak , tetap mendapat perlindungan dari Allah. Yang penting ialah kita perlu istiqamah dalam membuat amalan biarpun sedikit.
Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang jadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintah penyanyi dan permuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula,hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengnnya,tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu,adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?" Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan ,Allah berfirman,"Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka" Kalau pun kita tak sembahyang atau tidak alim, tapi sekurang-kurangnya hormatilah Allah. Barang dijauhkan tidak ada sesiapa diantara kita yg mahu mayatnya menjadi khinzir kelak. Marilah kita sama2 malu... ..sudahlah perintah Allah selalu dipermain-mainkan, tapi mahu menunjukkan lagi biadap dgn bercakap2, bersembang, menyanyi dan paling menyedihkan sekali melakukan maksiat pada waktu azan sedang berkumandang.

No comments:

Post a Comment