Jgn bersedih,sekirannya anda hidup miskin,betapapun masih terdapat org disekeliling anda yg hidup dililit hutang! jgn brsedih kerana tidak mempunyai kenderaan,sebab masih ramai org disekeliling anda yg kakinya kudung...

Jgn bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai org selain anda yg mungkin telah bertahun2 terbaring diatas katil. Jgn bersedih kerana anda kehilangan anak, sebab masih ada org lain yg telah kehilangan beberapa org anaknya dlm suatu kecelakaan sekaligus..

Jgn bersedih,kerana anda seorang muslim yg beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab2Nya, hari kiamat dan qadha' serta qadar yg baik dan yg buruk! kerana,masih ramai org kafir yg mengingkari Allah, mendustakan rasul2Nya,menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari kiamat, serta tidak mempercayai qadha' dan qadar..

Jgn bersedih, sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat, sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan taubat yg anda lakukan pasti diterima...

Jgn brsedih, kerana anda sendirilah yg mengerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda menganggu tidur anda dan membangunkan malam2 anda...

Hati yg sentiasa diliputi kekhuatiran; lemah tekadnya, rendah semangat, dan sering berada didalam kegelisahan, akan selalu diliputi dgn kecemasan kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa membiasakan jiwanya brsikap dgn kesabaran dan tahan terhadap segala perkara yg mencemaskan, nescaya setiap goncangan dan tekanan akan terasa ringan..

Comments

Popular Posts