surat utkmu

Kulayangkan mesej ini ke alam roh dimana nabiku, Nabi akhir zaman ini sedang berada. Sungguhku yakin wahai Nabi, bahawa dikau amat boleh menerima mesej ini dan mampu memberi respon kepadanya sekalipun dikau sudah wafat. Kerana sepertilah Tuhan ku itu pun ghaib, tidak boleh dilihat dgn mata, walhal Dia mampu menyintai dan dicintai di dalam sembahyang, lalu apa salahnya aku berhubung dengan hanya rohmu, sedangkan roh itu sangat hidup di alamnya. Rinduku ini kepada mu wahai Nabi, sesungguhnya adalah hembusan dari rindumu kepadaku, salah seorang umat yang selalu berhubung dengannya melalui solawat Nabi.
Ya Rasulullah, di Malaysia hari ini terlalu sedikit umatmu yang rindukan nabinya, sedangkan lidahmu pernah mengeluarkan kata-kata perihal akan datangnya selepas kewafatanmu, sekumpulan manusia yang merinduimu walhal tidak pernah bertemu. 
Lantaran hati yang tandus dari iman itu, maka negara ini sedang cukup kemarau dari kasih sayang sesama Islam, sesama serumpun. Mereka berperang, berkrisis dan jatuh menjatuhkan Ya Rasulullah. 
Dikau tentu menangis melihat keadaan umatmu ini Ya Nabi. Lalu buat untuk menghiburkanmu, biarlah ku utus khabar ini, bahawa kami atas nama Global Ikhwan sedang memperjuangkan kasih sayang yang menjadi idaman Allah dan Rasul. Kelab Poligami ini kami perjuangkan untuk kami dapat menikmati sunnahmu, iaitu mengikat manusia-manusia dalam satu keluarga dari berbagai pelosok dengan 
 kasih sayang. Poligami adalah gelanggang kasih sayang yang dapat dibuktikan oleh orang-oranYa Rasulullah, sebagai akhirnya terimalah dendangan lagu rindu kami padamu, supaya berkekalanlah hubungan dua alam di antara umat akhir zaman dengan Nabi istimewa yang dihadiahkan Tuhan kepada hambaNya. g yang terlalu rindukan Allah dan Rasulnya. 
Wahai Nabi akhir zaman, kami persembahkan ini sebagai satu pengabdian kepada pemilik alam, demi mempertahankan bumi dari diranapkan. 

Wahai Nabi, kalaulah Allah sudi terima bingkisan ini, kami tentunya mengharapkan sesuatu pertukaran. Ya, masakan tidak, sedangkan kami terlalu memerlukannya. Jadikanlah wahai Allah dan Rasul, wahai Kerajaan Ghaib, wahai Kuasa Teknologi Roh; Malaysia ini Negara aman makmur dengan kasih sayang, ketenangan dan keampunan Tuhan. 

Comments

Popular Posts