mataku~
1. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mata batin.
2. Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.
3. Mata lahir macamlah lampu kereta. Kalau selalu sahaja dimain-main lampu itu akan melemahkan bateri. Begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram, ia akan melemahkan mata hati.
4. Mata adalah satu anggota badan yang mempunyai peranan dan falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya:
i. Kalau ia memandang sambil lewa ertinya ia melihat sambil berfikir.
ii. Kalau ia memandang secara menjeling, ada rahsia yang dia hendak tahu atau ada perkara yang dia curigai, atau hendak mencuri pandangan agar orang tidak tahu.
iii. Kalau ia memandang dengan tajam sambil merenung ertinya ia memandang sambil berfikir kerana ingin memahami apa yang dia lihat.
iv. Kalau dia memandang dengan membeliakkan mata bererti dia merasa hairan apa yang dia lihat atau dia marah pada seseorang.
v. Kalau dia memandang di satu hala, lama pula dan biasanya badannya tidak digerakkan mungkin dia berkhayal atau merenung akan sesuatu di masa yang lalu atau memikirkan di masa depannya, apa nasibnya.
vi. Kalau dia menggunakan mata melihat ke tempat-tempat dan dialihnya pandangan dari satu tempat ke satu tempat atau pandangannya dilirik-lirikkannya ertinya dia terpesona atau kagum dengan apa yang dia lihat atau merasa aneh atau merasa gerun. Boleh jadi juga merasa jijik.
vii. Kalau dia mengenyit-ngenyitkan mata ertinya memberi isyarat sesuatu kepada seseorang atau memberi signal kepada seseorang yang dia telah jatuh hati kepada orang itu.
viii. Kalau dia memejamkan mata bererti dia hendak tidur atau hendak mengingatkan sesuatu yang dia telah lupa.
ix. Kalau dia memain-mainkan mata atau menggerak-gerakkan mata atau mengenyit-ngenyitkan mata ertinya dia hendak bergurau. Biasanya selalu digunakan kepada kanak-kanak.
Comments
Post a Comment